BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, September 28, 2009

pErpIsahaN

Pertemuan Kita Di Suatu Hari
Menitiskan Ukhwah Yang Sejati
Bersyukurku Ke Hadrat Ilahi Di Atas Jalinan Yang Suci

Namun Kini Perpisahan Yang Terjadi
Dugaan Yang Menimpa Diri
Bersabarlah Di Atas Suratan
Ku Tetap Pergi Jua

Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku
Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
Ya Allah Bantulah Hamba Mu

Mencari Hidayah Daripada Mu
Dalam Mendidikkan Kesabaranku
Ya Allah Tabahkan Hati Hamba Mu
Di Atas Perpisahan Ini

"Teman Betapa Pilunya Hati Menghadapi Perpisahan Ini.
Pahit Manis Perjuangan Telah Kita Rasa Bersama. Semoga
Allah Meredhai Persahabatan Dan Perpisahan Ini. Teruskan
Perjuangan"

Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku
Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
Ya Allah Bantulah HambaMu

Senyuman Yang Tersirat Di Bibirmu
Menjadi Ingatan Setiap Waktu
Tanda Kemesraan Bersimpul Padu
Kenangku Di Dalam Doamu

Semoga Tuhan Berkatimu

TeMan

'' Teman .... ''

satu pengharapan
ke titian syahdu
dalam sebuah penantian
mengiring arus

dan doa untuk ke menara
ku selitkan bersama madah
biar jalan tiada berliku
biar tiba ke puncak
dan berjaya menentang badai
suatu keikhlasan
dari hati ..
agar tiada duri di jalan
agar tiada onak di depan
dan ranjau ranjau tersiseh

teruskan langkah mu
agar sampai ke puncak
dan ceriakan diri
tanpa sendu di hati

tEmannnnn.....

Teman,
Kejadian hari ini telah mengajarku
Apa erti persahabatan yang sejati.
Peristiwa hari ini telah membuka mataku
Apa erti persahabatan yang sebenar

Pertempuran hari ini telah menyedarkanku
Kepekaan terhadap perasaan seseorang itu
Amat genting dalam sebuah persahabatan
Perselisihan hari ini telah menginsafkanku
Dari melukai perasaan teman

Setahun lalu ku mengenali dirimu
Tidak cukup untuk mengenal isi hatimu
Aku tidak berhak menegurmu
Kerana diriku belum tentu
Lebih mulia darimu

Aku kehausan
Kemaafan darimu
Persahabatan ini terlalu mulia
Tidak sanggup ku lihat ia
Ditimpa bencana

Ya Rabbi.
Berkatilah persahabatan ini
Jernihkanlah sebarang kekeruhan
Muliakanlah insan yang ku panggil Teman

Tuesday, September 1, 2009

pic kmi.!!!

3 sAhAbAt..!!


tngn iKin n miRa.!!


mira n far..!!


sAtu gEng.!!

syikin ngan aIshah kat makmal sains..


pEaCe.!!


Ko pndai menjhit kew Izyan.??


adik,Baby L0Ng & bAby nGah


FaRah ngan IkIn.!!


Sunday, August 30, 2009

Bi0data kam.!!

Nama~Nur Aishah Bt Ahmad Rizaimi Sanusi
Nama panggilan~Esah
Trikh lhr~9.1.196
Hobi~membaca,dngq lagu,online myspace..1 lg ske usha pkwe lorh...
Cita2~semestinya doktor lorh..
I'm not solo(dh brpnya lorh)
nme balak~Aiman Azizi bin Abdul Ghani

Nama~Nur Izzatul Azida Bt Abu Yazid
Name panggilan~Ida
Trikh lhr~23.2.1996
Hobi~mendengar radio
Cita2~guru
I'm n0t sol0
nme blak~Muhd Syabil

Nama~Nurul Najiha Bt Hamid
Nama panggilan~Jiha
Trikh lhr~24.3.1996
Hobi~mendengar radio
Cita2~doktor
I'm not solo
nme blak~Muhd Izham

Nama~Nur Amirah Binti Mohd Azmi
Name panggilan~Mira,Tomoi n T0mboy
Trikh lhr~6.4.1996
Hobi~men geme n melayari internet
Cita2~msty ar askar..

Nama~Farah Izzati Bt Abdullah
Nama panggila~Farah
Trikh lhr~23.7.1996
Hobi~mendengar lagu
Cita2~doktor
I'm solo

Nama~Nur Ashikin Bt Ahmad
Name panggilan~Cikin
Trikh lhr~27.8.1996
Hobi~wt pape yg ptut lar
Cita2~ckgu lew..
I'm not s0lo
Nama blak~Muhd Hafiz bin Ishak

Nama~Amirah Farhani Bt Abdul Fakar
Name panggilan~Nanie,Far
Trikh lhr~29.8.1996
Hobi~chatting,menulis,membaca
Cita2~lawyer
I'm n0t solo
Name blak~mne leh gtau..hehe

Nama~Nurizyannisha Bt Azman
Nama panggilan~Nisha
Trikh lhr~13.12.1996
Hobi~membaca
Cita2~doktor
I'm not solo
Nama blak~Shaharuddin Bin Abdullah

Friday, August 28, 2009

Ukwafillah

Pertemuan yang tak sangka
Di gedung ilmu inilah segalanya bermula
Yang merubah sejarah hidupku
Lantasku coretkan madah ini
Agar kau tahu
aku disini benar-benar
Memerlukan hadirmu
Moga engkau sudi meluangkan waktu
Untuk membaca coretan ini...

Terima kasih ku ucapkan
Kerna sudi mencurahkan kasihmu
Kerna sudi menyayangiku
Dan sebab itulah aku mengenal
Erti kehidupan dan persahabatan

Ada tikanya kita perlu menang rasa
Namun ada kalanya kita perlu ketawa
Nasihatlah bilaku kesunyian dibuai leka
Maafkanlah dan fahamilah bila keliru
Tegurlah bila tersilap
Dan ingatlah bila kerinduan
Inilah kehebatan ukhwafillah

Kau menjadikan aku
Seorang insan yang tabah
Untuk melewati batas-batas waktu
Kau mendorong ku untuk
Terus melangkah kehadapan

Apa yang pasti
Akan tiba suatu saat
Aku harus meninggalkan Mu
walauapa p0n jua jawapannya..
Kau tetap bukan milikku yang abadi

Sahabat,
Kehadiran mu merubah segalanya
Hidupku yang suram kembali bercahaya
Jiwaku sepi menjadi bahagia
Semoga kita dipertemukan kembali
Dalam jalinan ukwah
Yang suci dan abadi

Sebelum coretan ini ku akhiri
Mengertilah,
Dirimu adalah sinar dan cahaya
Tatkala aku dalam kegelapan..
Terima kasih kerna sudi memahami ku
Ku nikmati kebahagian
Ku terasa kesempurnaan
Lengkapnya hidup ini
Indahnya dunia ini
Bergelar sahabatmu...

Kawan

Kawan itu,
Manusia biasa,
Mereka pasti ada kelemahan,
Dan kelemahan itu perlu diterima,
Oleh seorang yang bernama kawan.
Mengapa perlu ada kawan,
Sekiranya kawan memusuhi kawan.
Mengapa perlunya kawan,
Sekiranya tiada kepercayaan.
Begitulah senarionya,
Ada suka dan duka.
Namun,
Kawan jua yang membahagiakan,
Kawan jua yang menemani kesunyian,
Kawan jua yang merasai tangisan.
Oleh itu,
Sayangilah kawan,
Kerana merekalah.....
Maka lahirlah,
Seorang yang bergelar....
Sahabat.